8,500 Kartun Rokok Seludup Bernilai RM856,000 Termasuk Cukai Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah merampas 8,500 kartun rokok bernilai RM856,800 termasuk cukai di bawah sebuah jambatan di Jalan Alor Mengkudu di sini Selasa.

Komander UPP Kedah Abdul Latif Abdul Rahman berkata serbuan dilakukan sepasukan anggotanya kira-kira 12.30 tengah hari hasil maklumat awam.

Katanya, beliau percaya rokok jenama Harvy diseludup masuk dari Vietnam atau China dan nilai rokok itu RM85,000 manakala cukai terlibat adalah RM771,800.

Beliau berkata, kali ini sindiket itu menggunakan modus operandi dengan melonggokkan kotak besar rokok di bawah jambatan tanpa ditutup dengan kain atau plastik berbanding sebelum ini yang disimpan di dalam premis perniagaan atau gudang.

"Kita buat intipan selama dua jam tidak jauh dari jambatan itu dan mendapati tidak kelihatan suspek atau pemilik rokok itu datang untuk mengambilnya," katanya kepada pemberita di Pejabat UPP Kuala Kedah dekat sini, Rabu.

Abdul Latif berkata, pihaknya percaya bekalan rokok itu untuk pasaran di sekitar negeri ini terutama di kawasan luar bandar kerana harganya lebih murah berbanding rokok jenama terkenal.

Beliau berkata, kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dengan kesalahan pertama memperuntukkan denda sebanyak 10 kali ganda amaun duti Kastam dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti Kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan