17 Motosikal Dibakar Di George Town

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 17 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Pangsapuri Desa Baiduri, Air Itam di sini musnah dalam kebakaran awal hari Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yakcop Saibin berkata sepasukan anggota bomba dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.50 pagi.

"12 daripada motosikal terbabit 100 peratus terbakar manakala selebihnya hanya 50 peratus terjejas. Bomba dapat mengawal kebakaran sepenuhnya dalam masa 15 minit," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Siasatan masih dibuat bagi mengenal pasti punca kebakaran. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan