JSJ Bukit Aman Ketuai Siasatan Pencerobohan Lahad Datu - Bakri

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengetuai siasatan insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata pasukan itu kini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan kami menyeluruh dan melihat daripada semua aspek termasuk bagaimana kumpulan pengganas memperoleh senjata dan mendapat bantuan.

"Kami bukan hanya tertumpu di Lahad Datu dan Semporna bahkan lebih meluas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, Rabu.

Beliau berkata cabaran dalam penyiasatan ialah untuk mendapatkan bahan bukti memandangkan mayat pengganas ketika ini sudah mula mereput.

Pada 12 Februari lepas, sekumpulan militan dari selatan Filipina menceroboh persisir pantai Lahad Datu dan sejak pencerobohan itu, pasukan keselamatan menembak mati 62 pengganas.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis kini mengkaji keperluan pertambahan pegawai penyiasat di enam balai polis Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah.

Pertambahan pegawai penyiasat itu perlu berikutan keluasan kawasan ESSCOM iaitu dari Kudat hingga Tawau, katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang melibatkan lima daerah iaitu Sandakan, Tawau, Kunak, Kudat dan Lahad Datu.

Kawasan ESSCOM itu akan menempatkan enam balai polis. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan