Lelaki Warga India Ditahan Miliki Dadah - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Warga India Ditahan Miliki Dadah

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang warga India ditahan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin, disyaki cuba menyeludup 5,000 gram dadah jenis ketamin.

Pengarah Kastam Kelantan Datuk Azis Yacub berkata lelaki berumur 29 tahun itu ditahan pada pukul 4.50 petang di unit pemeriksaan penumpang lapangan terbang tersebut sebaik tiba dari Kuala Lumpur.

"Selepas pemeriksaan rapi dijalankan pihak kami menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar yang disorok di dalam bagasi yang dibawa lelaki berkenaan.

"Plastik lutsinar tersebut mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat kira-kira 5,000 gram yang dianggarkan bernilai RM200,000," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Negeri di sini, Selasa.

Azis berkata dadah itu dipercayai untuk dijual untuk pasaran di Kelantan.

Katanya siasatan awal mendapati suspek pernah memasuki negara ini beberapa kali dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Azis berkata suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa dan kes disiasat dibawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan