Kastam Rampas 73Kg Dadah Jenis Syabu Bernilai RM14 Juta

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lepas dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai 'Fresh Cut Roses'.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, pihak kastam yang mencurigai kargo itu bertindak mengekori lori membawa barang dagangan berkenaan pada hari ketibaannya dari Bangalore pada 14 Mac.

"Dagangan tersebut didapati tidak melalui proses pelepasan kastam yang sah kerana bunga hidup memerlukan permit import dan pengimport tidak mempunyai sebarang permit import," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Narkotik Kastam di sini Isnin.

Beliau berkata, kastam menyerbu premis berkenaan, yang dipercayai disewa untuk mengendalikan kargo berkenaan, setelah mendapat maklumat berhubung kegiatan itu.

"Hasil pemeriksaan hanya 17 kotak sahaja diisi dadah tersebut manakala bakinya tidak mempunyai sebarang jenis dadah. Dadah jenis syabu ini disorokkan di bahagian bawah bunga bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Liah berkata, sebahagian daripada dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan manakala sebahagiannya ditransit di sini sebelum diseludup ke negara lain.

Susulan itu, pihak kastam menahan dua lelaki warga India berusia antara 35 hingga 40 tahun yang berada di premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Dua suspek itu kini ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Liah berkata, siasatan terhadap suspek mendapati salah seorang daripada mereka pernah bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur selama lima tahun manakala seorang lagi dikesan mempunyai rekod memasuki Malaysia dua kali untuk tujuan mengiringi 'kiriman'.

"Kita percaya lelaki yang mengiringi kiriman itu memasuki negara ini sebelum ini bertujuan untuk memastikan 'kiriman dadah' sampai ke destinasi. Perkara ini akan disiasat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan