Seorang Lelaki Jepun Diselamatkan Daripada Sindiket Penculikan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Jepun yang datang ke Malaysia kerana terpedaya apabila dijanjikan dengan seorang isteri cantik telah diculik oleh sindiket dan dijadikan tebusan.

Sindiket menggunakan wanita Filipina untuk memerangkap jurutera berusia 51 tahun melalui laman web sosial dan 'Skype' sehingga lelaki tersebut terbang ke Malaysia dengan niat mengahwini wanita terbabit.

Lelaki itu tiba pada 12 Mac dan kemudiannya dijemput oleh "teman wanitanya" dan dibawa ke sebuah kondominium di Kajang.

Dia kemudiannya dikurung di dalam bilik dan wang tebusan sebanyak AS$ 50,000 (RM150,000) telah dituntut daripada keluarganya di Jepun.

Polis berjaya mengesan penculikan dan menyelamatkan lelaki itu apabila mereka menyerbu dua unit kondominium sekitar pukul 9 malam, Sabtu.

Lima ahli sindiket yang terdiri daripada tiga lelaki Nigeria dan dua wanita Filipina yang kesemua berusia lingkungan 30-an telah ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis terpaksa menembak salah seorang lelaki Nigeria di kaki kerana dia cuba menyerang seorang anggota polis ketika serbuan.

"Mereka telah ditahan selama 14 hari di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961," katanya, Ahad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan