Perompak Kedai Emas Disimbah Asid

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pekerja kedai emas dilapor menyimbah asid kepada perompak yang merompak kedai emas di Taman Seri Duyong, Seksyen 2 di sini, Ahad.

Kejadian kira-kira 11.30 pagi itu turut dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang menunjukkan cecair untuk mencuci barangan emas itu terkena salah seorang daripada empat suspek berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mangsa dilihat menanggalkan sarung tangan yang dipakainya apabila asid itu terkena pada bahagian tanganya.

Namun salah seorang daripada mereka yang naik marah dengan kejadian itu sempat melepaskan satu das tembakan di dalam premis dan satu lagi di luar premis sebelum mereka melarikan diri dengan dua buah motosikal.

Namun Raja Shahrom berkata perompak berusia lingkungan 30-an yang bersenjatakan sepucuk senjata api dan tukul besi itu sempat melarikan beberapa barangan kemas. Beliau berkata polis menemui tukul besi yang digunakan untuk memecah cemin pameran, dua kelongsong peluru dan sarung tangan yang berlubang dipercayai akibat terkena asid.

Beliau turut meminta klinik dan hospital agar melapor pesakit yang mendapatkan rawatan pada tangan akibat kecederaan yang mencurigakan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan