APMM Kuantan Tahan 58 Nelayan Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuantan menahan 58 nelayan rakyat Vietnam selepas mematahkan cubaan mereka menangkap ikan di perairan negara dengan menggunakan peralatan menangkap ikan yang diharamkan.

Pengarah Operasi Daerah Maritim 8, Komander Maritim Abdul Rahim Ramli berkata, nelayan yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun itu ditangkap oleh APMM dalam Ops Tunda Ganding kira-kira 40 batu nautika dari perairan Kuantan pada 7 petang Ahad.

"Selepas mendapat maklumat daripada nelayan tempatan, kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat lima pasang (10 buah) bot sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding yang diharamkan di negara ini.

"Pada ketika kami menghampiri bot-bot berkenaan, nelayan-nelayan tersebut sempat menutup nombor plat bot berkenaan walaupun banyak kali dilarang. Malah ada juga di antara mereka yang menyorok, tetapi akhirnya dapat dikesan dan ditahan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pihak APMM menunda lima daripada 10 buah bot nelayan tersebut di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, Isnin.

Abdul Rahim berkata, kesemua mereka kini ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada permit menangkap ikan yang sah, tidak mempunyai pasport dan memiliki pasport tidak sah.

"Setelah disiasat, mereka juga didapati menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan negara ini menggunakan lesen nelayan tempatan, menggunakan minyak diesel subsidi kerajaan Malaysia, manakala hasil tangkapan ikan yang bermutu tinggi dibawa balik ke negara asal mereka," katanya.

Berikutan itu, kesemua nelayan tersebut ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, dan Akta Imigresen.

"APMM juga pada masa sama akan terus memburu baki bot-bot nelayan asing yang dikhuatiri masih lagi berlegar-legar di perairan negara sehingga kegiatan mereka yang mencuri hasil perikanan negara dapat ditumpaskan," katanya.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayah Pahang dan Kuantan, Abdul Rahim Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan