Lemas Ketika Mahu Selamat Kasut Dalam Laut

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat sini pagi Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai.

Mayatnya ditemui kira-kira 9.30 pagi tidak jauh dari tempat kejadian.

Penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan ini bersama ayah, ibu dan neneknya dikatakan baru tiba di sini.

Ibunya Siti Salbiah Shahidan, 54, berkata mereka bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam tadi dan selepas tiba di sini, mereka bersarapan dan berehat di tepi pantai.

Anaknya kemudiannya memberitahu dia ingin melihat laut dan tidak lama selepas itu anak bongsu daripada empat beradik itu kembali semula ke kereta mereka untuk menukar seluar dan sempat memberitahu dia mahu turun ke laut untuk mengambil kasutnya yang dihanyutkan air.

"Kami tunggu, namun dia tidak juga kembali ke kereta. Kami mengambil keputusan pergi ke pantai dan terkejut melihat sebelah kasutnya berada di tepi pantai. "Orang ramai kemudiannya memaklumkan ada orang lemas dan naluri saya kuat mengatakan itu adalah anak saya," kata Siti Salbiah kepada pemberita di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Beliau berkata orang ramai melihat anaknya terkapai-kapai sambil meminta tolong. Beberapa orang cuba menyelamatkannya namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak polis dan bomba.

Menurutnya, mereka sekeluarga merancang untuk ke Terengganu sejak bulan Januari lalu namun ada sahaja halangan yang berlaku. "Saya terkilan sangat. Kami rasakan bagai mimpi kerana baru pagi tadi kami makan bersama tapi kini dia telah tinggalkan kami semua," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan