Warga Emas Bersama Anak Dan Menantu Ditahan Miliki Dadah

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang warga emas bersama anak dan menantunya serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM130,000 di sebuah rumah di Jalan Patani di sini malam Selasa.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua lelaki dan seorang wanita berusia 36 hingga 61 tahun itu di tahan pada pukul 10 malam hasil maklumat awam dan risikan polis.

"Semasa serbuan di rumah berkenaan, terdapat sepasang suami isteri dan bapa lelaki terbabit dan hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai jenis dadah antaranya 2.34 kilogram ketamin, 1,274 biji pil ekstasi, 14 biji pil eramin 5 dan syabu bernilai RM130,000.

"Selain itu, polis turut merampas alatan untuk membungkus dadah, sepucuk pistol, satu kelopak berisi tujuh butir peluru dan sebutir bom tangan," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Katanya turut disita ialah dua buah kereta Toyota Camry, wang dalam akaun simpanan tetap, wang tunai dan barang kemas bernilai RM230,600.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati mereka aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah untuk pasaran tempatan sejak dua tahun lepas.

"Pistol dan bom tangan yang dirampas bersama mereka dipercayai akan digunakan bagi mempertahankan diri jika diserbu polis, bagaimanapun semasa serbuan semalam, mereka tidak sempat melakukan apa-apa berikutan tindakan pantas anggota kita," katanya.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah lain.

"Pasangan suami isteri yang merupakan kontraktor dan warga emas berkenaan tidak bekerja itu kini direman sehingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan polis," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan