Seorang Pekerja Landasan Maut, Seorang Lagi Parah Dirempuh Tren ERL - Berita Jenayah | mStar

Seorang Pekerja Landasan Maut, Seorang Lagi Parah Dirempuh Tren ERL

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja penyelenggaraan landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) maut manakala seorang lagi cedera parah dirempuh tren ERL di KM9.2 arah Selatan (ke KLIA) berhampiran Stesen Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata N.Muniandy, 36, maut dalam kejadian pukul 11.10 pagi ketika melakukan kerja penyelenggaraan landasan bersama rakannya Ahmad Khusairi Kamarul Baharin, 37.

"Muniandy yang berasal dari Temerloh, Pahang mati di tempat kejadian manakala rakannya, Ahmad Khusairi yang cedera di bahu dan perut dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.37 pagi, namun kedua-dua mangsa telahpun dibawa oleh ambulan.

Sementara itu, jurucakap ERL berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan