Pelajar Politeknik Maut Digilis Lori Atas Jambatan P.Pinang - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Politeknik Maut Digilis Lori Atas Jambatan P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERORGE TOWN: Seorang pelajar politeknik maut digilis sebuah lori selepas mangsa tercampak dari motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan di kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang pada Khamis.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Wan Aziz Wan Husin berkata pada kejadian pukul 3 petang itu mangsa, Henry Peter, 22, dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan bergesel dengan sebuah Land Rover menyebabkan beliau terseret beberapa meter di atas jambatan itu.

Beliau kemudiannya tercampak ke tengah jalan sebelum digilis oleh sebuah lori dari arah belakang.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Faraday, Bukit Dumbar, di sini selepas selesai mengikuti kuliahnya di Politeknik Seberang Perai," katanya ketika dihubungi.

Katanya polis turut menemui kad pelajar, beberapa buah buku dan Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM50 di dalam beg galas mangsa.

Beliau berkata pelajar berkenaan, yang mengikuti pengajian diploma kejuruteraan mekanikal, meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala serta seluruh badan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan