NGO Buat Laporan SKMM Berhubung Tindakan Ekstrem 'Cyber Troppers' Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung tindakan ekstrem 'cyber troopers' pembangkang yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, menyebarkan fitnah, gambar lucah serta ugutan rogol dan bunuh di laman sosial Facebook.

Presiden Malaysian Youth Right Movement Shean Yee Aun berkata laporan kepada SKMM itu juga termasuk isu penyebaran gambar-gambar lucah dan tidak sopan yang diubah suai dengan wajah pemimpin-pemimpin MCA di laman-laman propembangkang di laman sosial itu.

"Ini merupakan perbuatan yang keterlaluan kerana terdapat beribu-ribu gambar seperti ini yang dikongsi di kira-kira 100 laman-laman politik propembangkang di Facebook. "Adakah ini sihat? Ibu bapa kita, anak-anak kita tengok benda macam ini kita boleh terima tak? Agama mana budaya mana yang boleh terima?" katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Katanya laporan itu dibuat berikutan aduan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun yang menerima kata-kata kesat serta ugutan rogol dan bunuh melalui laman Facebook hanya kerana beliau berlakon dalam sebuah video yang menyokong kerajaan yang disebarkan di YouTube.

Shean yang merupakan bekas anggota DAP dan keluar dari parti itu pada hujung 2008, berkata beliau sendiri turut menerima kata-kata kesat dan amaran, selain difitnah walaupun kini berjuang atas tiket NGO dan tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Kalau mereka tak setuju dengan perbuatan atau tindakan, jangan sampai ke tahap gangsterism, cyber violence atau ke tahap yang sangat-sangat ekstrem. Ini sesuatu yang sangat tidak baik untuk pemuda-pemudi kita," katanya.

Ditanya mengapa beliau meninggalkan DAP, Shean berkata beliau merasakan parti itu 'terlalu palsu' dan mendakwa permainan politik mereka terlalu kotor selepas pilihan raya umum 2008.

"Perkara yang saya tunjukkan hari ini memang satu bukti...mereka sanggup buat apa sahaja untuk musnahkan orang yang tak nak dengar mereka, atau orang yang bersuara menentang mereka. Ini adalah budaya yang sangat tidak sihat," katanya.

Shean berkata beliau berharap SKMM menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melakukan tindakan ekstrem tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan