Suspek Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Terima Rawatan di Hospital - Polis

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang suspek warga emas yang ditahan polis berhubung kes seorang lelaki mati ditikam di Blok B, Flat Taman Sri Idaman di sini pada Selasa, meninggal dunia awal pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata suspek yang berusia 60 tahun dimasukkan ke wad kecemasan HPP kerana sakit jantung selepas ditahan ketika cuba melarikan diri.

"Suspek dikatakan cuba menyembunyikan diri di satu kawasan di Padang Tembak yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian sebelum berjaya dikesan polis kira-kira jam 5 petang. "Ketika ditahan suspek dilihat agak keletihan dan berada dalam keadaan tidak bermaya sebelum dia dibawa ke HPP untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdul Rahim berkata selain faktor usia, suspek juga mungkin kepenatan kerana berjalan terlalu jauh ketika lari untuk menyembunyikan diri. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Liew Kum Thong, 33, maut selepas ditikam dua kali oleh suspek di bahagian depan dan belakang badannya ketika bersembang bersama tiga rakannya berhampiran tempat pembuangan sampah di flat itu.

Mangsa yang kesakitan kemudian cuba lari menyelamatkan diri bagaimanapun selepas hampir 50 meter dia rebah dan disahkan meninggal dunia.

Suspek dikatakan berang kerana mangsa kerap menegur dan bertanyakan soal bayaran yuran penyelenggaraan yang tertunggak sejak 2011.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis yakin akan dapat menahan Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, dua tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 7 Jan lepas, dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan maklumat terbaru yang kita dapat, mereka ada di sekitar ini...saya percaya kita akan dapat tahan dalam dua atau tiga hari ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan