Seorang Maut, Dua Parah Dalam Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita warga emas maut manakala dua yang lain parah dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Km107.6 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Temerloh malam Selasa.

Mangsa, V. Menggamah, 62, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Yang cedera parah ialah pemandu Perodua Kancil itu, P. Kali, 59, dan penumpang hadapan, R. Rajesvari, 36, dan mereka kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Dua lagi penumpang kereta terbabit iaitu K. Deverani, 31, dan S. Dasmandran, 3, mengalami cedera ringan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian berlaku pada pukul 9 malam ketika mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari arah sini menuju Kuala Lumpur.

"Dipercayai kenderaan mangsa secara tiba-tiba telah menukar haluan dari kanan ke kiri jalan menyebabkan kereta jenis Proton Preve yang berada di lorong kiri gagal membrek sebelum merempuh mereka," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata akibat rempuhan itu, kereta yang dinaiki mangsa terbabas dan terbalik sebelum terhumban ke dalam parit. Pemandu Proton Preve itu, Mohd Al-Hafiz Ahmad, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan