Polis Johor Rekod Percakapan Tian Chua Di IPD Petaling Jaya

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Johor telah merekod percakapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung laporan polis terhadapnya mengenai kenyataan beliau berkaitan pencerobohan di Lahad Datu.

Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi Rabu.

"Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua. Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan Tabung Kebajikan PDRM untuk keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu di sini.

Sumbangan berjumlah lebih RM100,000 itu disumbangkan warga PDRM Johor, orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan di negeri ini dan akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak lama lagi.

Beliau berkata 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

Daripada jumlah tersebut, 82 dibuat di negeri ini.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai. "Berfikirlah dahulu sebelum bercakap. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan sila diam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan