Kastam Rampas Rokok Tidak Sah Nilai Cukai RM350,000

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas rokok tidak sah yang dianggarkan mempunyai nilai cukai sebanyak RM350,000 dalam serbuan di dua premis stor di Sungai Besi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan, Jaafar Mat Jawi berkata dalam serbuan yang dilakukan pada 1 tengah hari, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun dipercayai bekerja di premis itu. "Semasa serbuan pertama, pihakya merampas hampir 30,000 karton rokok kretek dan rokok putih yang disyaki belum lulus kastam yang dianggarkan bernilai RM50,000 dengan jumlah cukai terlibat sebanyak RM300,000," katanya.

Jaafar berkata susulan tangkapan itu, pihaknya melakukan serbuan di sebuah premis yang lain dan merampas hampir 5,000 karton rokok kretek dan rokok putih yang disyaki belum lulus kastam yang dianggarkan bernilai RM6,000 dengan jumlah cukai terlibat sebanyak RM50,000.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum memusnahkan rokok putih dan rokok kretek lucut hak seberat 28,890 kg, di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Katanya lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957 kerana mengawal dan menyimpan barang-barang larangan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan