APMM Batu Pahat Gagalkan Cubaan Seludup Rokok

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 1,290 karton rokok kretek dan rokok putih bernilai RM140,000 dengan menggunakan sebuah bot pancung di perairan Parit Haji Salam, Batu Pahat dua hari lepas.

Ketua Penguatkuasanya Lt Komander Maritim Iskandar Ishak berkata bot yang dipercayai dari negara jiran itu dikesan kira-kira pukul 4.30 pagi berhampiran pantai Tanjung Api-Api.

"Bot tersebut terus memecut laju ke kawasan berlumpur paya bakau ketika anggota APMM menghampirinya. Tekong bot kemudian nekad meredah kawasan berlumpur untuk melarikan diri, lalu gagal dikesan kerana keadaan persekitaran yang gelap," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iskandar berkata pemeriksaan di dalam bot yang ditinggalkan itu menemui 23 guni berisi rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama.

Beliau berkata kesemua rokok dan bot berukuran enam meter panjang yang menggunakan sebuah enjin dengan 30 kuasa kuda itu kemudian dibawa ke Jeti APMM Pangkalan Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

"Sehubungan kejadian itu, APMM akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di perairan negara bagi mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

"Orang ramai dalam masa yang sama diminta supaya membantu agensi penguatkuasa dengan melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan