Pengedar Dadah Maut, Dua Ditahan Di Bandar Sunway

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki, dipercayai pengedar dadah, maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondomium di Bandar Sunway dekat sini ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis, Ahad.

Polis melakukan serbuan ke sebuah unit di kondominium itu, yang dipercayai menjadi pusat pembungkusan dan pengedaran dadah pada kira-kira 4.45 petang hasil risikan selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu apabila tiga suspek berumur antara 20 dan 30 tahun mengunci pintu selepas anggota polis memperkenalkan diri.

Beliau berkata dua suspek ditahan ketika cuba melupus bahan bukti dengan mengepam dadah ke dalam mangkuk tandas.

Mangsa pula cuba melarikan diri melalui balkoni untuk ke unit di tingkat 15, bagaimana dia dipercayai tergelincir lalu terjatuh di kaki lima kawasan kondominium itu.

"Pemeriksaan lanjut pada mayat suspek, polis menemui lima paket plastik lut sinar dan tiub kecil disyaki mengandungi heroin," katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Yahaya juga berkata polis kini menyiasat modus operandi kumpulan itu dan rangkaian pengedaran mereka.

Turut ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di unit itu ialah dadah jenis heroin seberat 0.2 gram.

Dua suspek ditahan reman di IPD Subang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan