Isteri Maut, Suami Parah Ketika Mahu Hadir Kursus Haji

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Si isteri maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah kereta di Km22, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini, Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa Masiam Sadir, 62, dan suaminya Alimen Alias, 72, dalam perjalanan untuk menghadiri kursus haji di Bandar Penawar.

Mangsa meninggal di Hospital Kota Tinggi manakala suaminya dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki pasangan tersebut bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi yang menghala ke arah Sungai Rengit memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan motosikal yang dinaiki pasangan terbabit," katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Sening untuk dikebumikan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan