Pasangan Suami Isteri Miliki Senjata Dilepas Polis

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sepasang suami isteri yang ditahan kerana memiliki selaras senjata api di sekitar Jalan Hang Tuah berhampiran Pejabat Umno Melaka di sini dilepaskan polis setelah didapati tiada unsur jenayah dilakukan.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata pesara kerajaan berusia 60-an yang turut ditahan bersama isterinya itu dilepaskan pada 4.30 petang selepas soal siasat dilakukan ke atas mereka.

Beliau berkata soal siasat mendapati lelaki yang memiliki lesen senjata api sah itu terbawa senapang patah tersebut ketika hendak memasukkan wang di salah sebuah bank di jalan tersebut. "Berdasarkan siasatan lanjut lelaki tersebut tidak mahu meninggalkan senjata itu di dalam kereta kerana khuatir ia hilang dan tiada unsur jenayah boleh disabitkan ke atasnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata penahanan pasangan suami isteri itu oleh anggota polis di kawasan tersebut kira-kira 11.15 pagi tadi kerana tindakan lelaki tersebut mengundang ancaman keselamatan kepada orang awam. Ketika kejadian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan ke Melaka sedang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian persefahaman bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) negeri Melaka dan mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN).

negeri Melaka di bangunan Umno tersebut. Sehubungan itu, Chuah berkata individu yang memiliki senjata api dinasihatkan agar tidak membawanya secara terbuka bagi mengelak kegusaran atau ancaman keselamatan terhadap orang awam.

Sebaliknya beliau berkata mereka boleh menyimpan senjata tersebut di balai polis berhampiran sekiranya khuatir kehilangannya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan