Dua Warga India Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kastam Diraja Malaysia cawangan Terengganu mematahkan cubaan menyeludup masuk ketamine bernilai RM813,375 Selasa lepas.

Ia ekoran tertangkapnya dua warganegara India yang berusia 52 dan 43 yang masing-masing ditahan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Kampung Seberang Takir di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Kastam Terengganu, Mat Jusoh Botok berkata mereka iaitu lelaki dan wanita ditahan kira-kira pukul 4 petang hingga 4.10 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan berasingan ke atas bagasi yang dibawa dua-duanya, ditemui dua bungkusan dadah seberat kira-kira 10.848 kilogram yang disembunyikan di ruangan khas beg pakaian mereka.

"Hasil maklumat awam, pihak kami telah membuat pemerhatian di balai ketibaan lapangan terbang tersebut dan menahan seorang wanita berusia 52 tahun dan pemeriksaan lanjut dijalankan pihak kami, menemui satu bungkusan mengandungi serbuk putih dipercayai ketamine seberat 5.08kg.

"Malah hasil risikan juga, kami berjaya mengesan pergerakan seorang lelaki warganegara India yang mencurigakan dan kita mengekori teksi yang dinaiki lelaki yang berusia 43 tahun itu sebelum menahannya di Kampung Seberang Takir," katanya dalam satu sidang media di sini, Ahad.

Menurutnya, hasil siasatan ke atas lelaki itu, pihaknya turut merampas dadah seberat 5.765kg yang disembunyikkan di dalam ruangan khas beg pakaiannya yang ditutup dengan pakaian.

Mat Jusoh berkata kedua-dua suspek tiba di LTSM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum transit di Chennai, India dan Singapura.

"Hasil soal siasat yang dijalankan, kedua-dua suspek saling tidak mengenali antara satu sama lain dan kita percaya dadah berkenaan adalah untuk edaran di luar Terengganu," katanya.

Beliau berkata suspek wanita itu mempuyai tujuh rekod perjalanan ke Malaysia sementara suspek lelaki sebanyak 10 kali dari tahun lepas.

Beliau berkata ini merupakan kes pertama yang melibatkan penyeludupan dadah melalui LTSM yang dipercayai digunakan keldai dadah ekoran kekurangan alat pengimbas dan kelonggaran pemantauan.

Mat Jusoh berkata kedua-dua suspek kini direman selama dua minggu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan