Wanita Warga Emas Maut, Kaki Putus Digilis Treler

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tayar belakang sebuah treler sebelum kakinya digilis di persimpangan lampu isyarat Dato' Bahaman, Jalan Jerantut-Benta, dekat Jerantut, Khamis.

Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa Liew Soo Koan, 68, dari Kampung Sungai Lekok, Jerantut yang putus kaki kanannya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian pemandu treler, Shamsuddin Idris, 45, yang sedang dalam perjalanan dari Bandar Jerantut menuju ke Benta memberhentikan kenderaan tersebut di persimpangan lampu isyarat itu.

"Ketika treler bergerak untuk meneruskan perjalanan selepas lampu hijau, tiba-tiba mangsa yang datang dari arah sama telah melanggar tayar belakang sebelah kiri kenderaan itu.

"Akibat itu, mangsa terjatuh ke atas jalan dan pada masa yang sama kaki kanannya putus akibat digilis treler berkenaan," katanya di sini, Jumaat.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan