Empat Perompak Bersenjata Pistol, Tukul Rompak Kedai Emas

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi melarikan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit setelah merompak sebuah kedai emas, di Jalan Tunku Adibah di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian 10.15 pagi itu, empat lelaki memakai topeng ski yang keluar daripada sebuah kereta Proton Wira bernombor PGD2383 menerpa masuk ke dalam kedai emas terbabit dan melepaskan dua das tembakan ke arah tiga pekerja.

Katanya disebabkan ketakutan semua pekerja yang baru sahaja memulakan perniagaan di kedai emas itu tidak melawan kerana bimbang dicederakan.

"Dua daripada perompak yang membawa tukul besi memecahkan cermin meja pameran dalam kedai tersebut dan memasukkan barang kemas itu ke dalam beberapa uncang.

"Kemudian keempat-empat suspek melarikan diri bersama hasil rompakan menaiki kereta yang diletakkan di hadapan kedai berkenaan. Rompakan itu mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Sabtu.

Menurut beliau jumlah sebenar kerugian yang dialami pemilik kedai emas itu masih belum dapat ditentukan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian rompakan itu menghubungi balai polis terdekat.

Ghuzlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan