Dadah Bernilai RM75,000 Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM75,000 dan menahan seorang suspek pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik negeri, Supt Baharom Othman berkata, dalam kejadian itu, polis menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di Jalan Zaaba di sini kira-kira pukul 7.30 pagi dan menjumpai pil Eramin 5, Ecstacy, syabu dan ketamine di dalam paket plastik di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, suspek berumur 56 tahun itu kemudian membawa polis ke rumahnya di City Homes Seremban 2 dan menjumpai satu tong gas yang diubah suai mengandungi paket plastik berisi ketamine, syabu, Ecstacy dan Eramin 5.

"Jumlah dadah yang dirampas ialah 1,103 gram ketamine, 70.5 gram syabu, 659 biji pil Eramin 5 dan 137 biji pil Estacy. Turut dirampas satu alat penimbang digital yang dipercayai digunakan untuk menimbang dadah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini Rabu.

Beliau berkata, di rumah itu polis turut mengambil keterangan daripada empat wanita warganegara Vietnam yang masing-masing berumur 21 tahun.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau itu direman sehingga Sabtu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan