Tidak Puas Hati Pindah Ke Unit Lain, Lelaki Tetak Pengarah Hospital Taiping

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki pada Selasa.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan oleh seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping DSP Leong Wen Yew berkata kejadian berlaku ketika pengarah itu pergi ke pejabat suspek untuk menemuinya dan mereka dipercayai bergaduh kerana suspek diarah berpindah ke unit lain dan diminta mengosongkan pejabat unit sedia ada.

Akibat tidak berpuas hati, suspek beredar dari situ dan kemudian datang semula membawa sebilah parang sebelum menetak mangsa di ruang legar berhampiran Unit CT Scan hospital berkenaan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pengarah itu yang dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan lanjut pada pukul 1 tengah hari turut mengalami patah tulang lengan. Keadaannya dilaporkan stabil.

Leong berkata polis percaya parang itu telahpun disediakan lebih awal kerana difahamkan ketegangan antara mereka terjadi sebelum berlaku insiden hari ini.

Suspek melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini belum dapat dikesan walaupun polis menjejaki suspek di rumahnya, katanya.

"Kami meminta suspek menyerahkan diri kepada polis. Kami percaya suspek tidak pergi jauh," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan