Pembantu Peter Chin Buat Laporan Polis Berhubung Risalah

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Datuk Sebastian Ting, setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah yang mengandungi perkataan yang boleh merosakkan reputasi beliau.

Risalah dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan Inggeris itu dipercayai diedarkan sejak awal minggu ini, di beberapa pusat komersil di sini.

Ting, yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata beliau tidak kisah terhadap tuduhan tidak berasas dalam risalah tersebut.

Beliau bagaimanapun menyifatkan perbuatan itu sebagai sebahagian daripada resam berpolitik.

Ting dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Miri menggantikan penyandangnya, Chin dalam pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan