Lelaki Bersenjata Parang Larikan RM11,000 Dari Sebuah Bank Di Gelugor

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang melarikan RM11,000 dari sebuah bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor, di sini dalam tempoh kurang 15 minit, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata pada kejadian pukul 12.56 tengah hari itu, suspek bertopeng serta memakai topi meluru masuk ke dalam bank itu dan mengacukan senjatanya ke arah pengawal keselamatan yang berada di pintu masuk.

"Lelaki berusia 20-an itu kemudiannya melempar beg kosong ke kaunter bank dan memaksa juruwang memasukkan wang tunai kira-kira RM11,000 ke dalam begnya sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata semasa kejadian terdapat tiga pelanggan dan tiga pekerja bank sedang berurusan di bank berkenaan.

Mazlan berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di sekitar pasar raya itu bagi menyiasat beberapa aspek termasuk mengenai arah suspek itu memasuki bank dan kenderaan yang dinaikinya.

Beliau berkata polis yakin lelaki itu adalah individu yang terlibat dalam kes rompakan di lokasi yang sama dan menggunakan modus operandi serupa pada 15 Januari lepas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan