Ketamine Diseludup Dalam Kotak Barang Kemas

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamine bernilai RM238,000 yang disembunyikan dalam 12 kotak barang kemas, dipercayai modus operandi terbaru untuk menyeludup dadah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, siasatan awal mendapati dadah seberat 6.8 kilogram (kg) itu dihantar melalui syarikat penghantaran ekspres dari Chennai, India melalui pengangkutan udara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Berdasarkan maklumat pada alamat kurier, serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan KLIA di sebuah premis di ibu negara. Hasil serbuan menemui satu bungkusan besar yang di dalamnya ada 12 kotak barang kemas yang di bawahnya tersorok bungkusan serbuk putih," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Hasil serbuan itu, seorang lelaki rakyat India yang sudah lapan tahun tinggal di Malaysia dan bekerja di kedai besi buruk ditahan pada 25 Februari lalu untuk siasatan lanjut, kata beliau.

Zainul Abidin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia 33 tahun itu merupakan anggota salah sebuah sindiket penyeludupan dadah yang dipercayai untuk memasarkan ketamine bagi pasaran tempatan.

Selain kes itu, Zainul Abidin berkata, tiga lagi rakyat asing ditahan di KLIA sepanjang tempoh 20 hingga 25 Februari lalu akibat cubaan menyeludup dadah menggunakan modus operandi biasa iaitu disembunyikan dalam ruangan khas pada bagasi.

"Dalam kes pertama, seorang 'data entry clerk' rakyat India berumur 29 tahun yang kali ketiga masuk ke negara ini ditahan pada 20 Februari akibat cubaan membawa dadah jenis ketamine bernilai RM54,635 dianggarkan seberat 1.56 kg, menaiki penerbangan dari Chennai," katanya.

Pada 22 Februari, seorang penganggur rakyat Indonesia berusia 29 tahun yang kali keempat masuk ke Malaysia turut ditahan akibat membawa 2.62 kg dadah jenis methamphetamine bernilai RM498,180, menaiki penerbangan dari Maldives, katanya.

Zainul Abidin berkata, kes ketiga melibatkan seorang ahli perniagaan rakyat India berusia 35 tahun yang menaiki penerbangan dari Singapura dan membawa 5.61 kg dadah jenis methampetamine bernilai kira-kira RM1.066 juta (RM1,066,660).

Menurutnya, kesemua suspek telah direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Katanya, JKDM akan terus mempergiatkan usaha membanteras cubaan menyeludup dadah masuk ke negara ini dengan kerjasama anggota penguatkuasaan lain serta maklumat orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan