Eksekutif Ditahan Kerana Disyaki Liwat Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Februari itu, oleh guru kaunseling sekolah anak mereka.

"Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk bertemu)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Mohmad berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Katanya, suspek juga disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta individu berkenaan tampil membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan