Warga Emas Antara 36 Ditahan Ketika Lelaki Berjudi

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Warga emas berumur 68 tahun dan seorang wanita adalah antara 26 warga Indonesia yang ditahan polis ketika sedang asyik bermain judi bola golek dan menyabung ayam di Serdang pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata turut ditahan 10 warga tempatan termasuk dua orang dipercayai penganjur aktiviti itu ketika serbuan ke atas sebuah bangsal di tepi sebuah tasik di Taman Damai Utara, Serdang kira-kira pukul 4.30 petang.

"Berdasarkan siasatan pihak polis percaya aktiviti judi itu yang aktif sejak sebulan lepas membabitkan nilai pertaruhan mencecah RM100,000 bagi setiap sesi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata polis tidak menolak kebanyakan mereka yang terbabit merupakan pekerja kontrak binaan dari projek perumahan berhampiran.

Katanya, ketika serbuan polis turut merampas barangan untuk aktiviti perjudian itu seperti dadu, papan golek, sebuah beg berisi sembilan senjata tajam dipanggil taji ayam dan lima ekor ayam sabung.

"Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM36,805 yang dipercayai wang pertaruhan oleh individu yang terbabit dalam aktiviti judi berkenaan," katanya.

Mohd Adnan berkata kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44 Akta Binatang.

Beliau berkatA kesemua warga Indonesia yang ditahan juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan turut disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1963. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan