Tembok Di Tapak Pembinaan Rumah Runtuh Di Ukay Perdana

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan seorang pekerja tapak pembinaan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan tembok pagar projek perumahan ekoran hujan lebat hari ini di kawasan pembinaan rumah di Taman Nusa Tropika, Ukay Perdana. Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 3 petang Isnin, mengakibatkan sebahagian jalan ditutup kesan runtuhan tesebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -fotoBERNAMA
Kelihatan seorang pekerja tapak pembinaan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan tembok pagar projek perumahan ekoran hujan lebat hari ini di kawasan pembinaan rumah di Taman Nusa Tropika, Ukay Perdana. Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 3 petang Isnin, mengakibatkan sebahagian jalan ditutup kesan runtuhan tesebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tembok sepanjang kira-kira 50 meter runtuh akibat hujan lebat petang Isnin di sebuah tapak pembinaan rumah banglo di Taman Nusa Tropika, Ukay Perdana di sini.

Seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu, Belinda Muhamed Hassan, 38, berkata ketika kejadian kira-kira 3 petang, beliau dalam perjalanan ke rumahnya di Bukit Antarabangsa.

"Masa itu hujan lebat sangat. Ketika lalui lokasi kejadian, saya nampak tembok rumah banglo yang sedang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh beserta bunyi yang kuat.

"Nasib baik tembok tu tak jatuh betul-betul ke atas jalan dan mengenai kereta yang melaluinya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pada ketika itu dilihat pekerja binaan rumah banglo itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Belinda berkata selepas kejadian itu, jalan raya di situ menjadi sesak kerana serpihan tembok dan pasir menutupi lorong kiri jalan dan air melimpah akibat paip yang pecah berhampiran kawasan perumahan itu.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja membersih dilakukan oleh pekerja binaan.

Namun, usaha menemu bual pekerja binaan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), gagal. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan