Sindiket Kad ATM Palsu Antarabangsa Jadikan Malaysia Pusat Pengeluaran Wang Tumpas

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran wang menggunakan kad ATM dan kad kredit palsu tumpas dengan penahanan 25 anggota sindiket termasuk warga Kanada pada 20 dan 22 Feb lalu di sekitar ibu negara.

Kegiatan itu dibongkar melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kanada dan polis antarabangsa yang mengesan aktiviti pengeluaran wang melalui mesin ATM bank-bank antarabangsa di negara ini menggunakan kad kredit dan ATM palsu yang dibuat di luar negara sejak Ogos tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan dalam sidang media di sini pada Isnin berkata anggota sindiket yang diberkas berumur antara 23 dan 54 tahun, iaitu sembilan lelaki warga Kanada, 11 lelaki warga Sri Lanka, seorang lelaki warga India dan empat warga tempatan termasuk seorang wanita.

Katanya pada Rabu lepas, sembilan anggota sindiket itu ditahan di dua lokasi ATM bank di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail di sini ketika sedang melakukan transaksi kira-kira pukul 9.30 malam.

Susulan itu polis menahan 14 lelaki terdiri warga Sri Lanka, India dan tempatan di beberapa hotel dan rumah sekitar Lembah Klang manakala dua lagi suspek warga tempatan ditahan di Kulim, Kedah pada 22 Februari lepas ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

Syed Ismail berkata polis turut merampas 533 keping kad kredit dan kad ATM palsu pelbagai bank luar negara, wang tunai RM 4,703, USD4,182 (RM12,975), Dolar Kanada 4.185 (RM 12,674) serta lain-lain mata wang dalam serbuan itu.

Turut dirampas sejumlah barang kemas, empat buah komputer riba serta dua buah mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer', katanya.

Menghuraikan modus operandi sindiket yang dipercayai diketuai warganegara Kanada berketurunan Sri Lanka berumur 30-an itu, Syed Ismail berkata ketua sindiket tersebut akan menghantar kad-kad palsu tersebut ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier dari Kanada.

Penyelia sindiket yang berada di negara ini kemudian akan mengagihkan 60 keping kad kepada setiap kumpulan kecil yang dianggotai tiga orang bagi tujuan pengeluaran wang tunai di ATM bank yang telah dikenal pasti.

"Sebelum diagihkan, penyelia tersebut juga akan memasukkan data-data akaun ke dalam kad tersebut melalui mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer'. Setiap kad hanya akan digunakan sekali sahaja," katanya, sambil menambah sindiket itu mampu mengeluarkan sehingga RM20,000 sehari.

Wang pengeluaran itu akan diserahkan kepada penyelia dan anggota sindiket akan mendapat habuan 10 peratus bagi setiap pengeluaran, katanya.

Syed Ismail berkata bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket tersebut juga sering bertukar anggota dan setiap anggota hanya akan berada di negara ini dalam tempoh tiga bulan sahaja menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata ketua sindiket itu dipercayai masih berada di Malaysia dan polis sedang mengesannya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan