Polis Tahan Buruh Ladang, Rampas 5kg Dadah Jenis Heroin

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan dua buruh ladang dipercayai pengedar dadah dan merampas lima kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM143,000 daripada mereka dalam satu serbuan di Bandar Tun Razak, Jengka petang Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, DSP Zaini Talib berkata dadah tersebut ditemui tersimpan dalam bonet kereta yang dinaiki kedua-dua buruh itu.

Beliau berkata hasil maklumat orang awam sepasukan polis cuba menahan sebuah kereta di Lintasan Semarak.

"Menyedari kehadiran polis, pemandu berkenaan telah memecut kereta dalam cubaan melarikan diri namun gagal apabila keretanya merempuh sebatang pokok dan kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas pada 3.15 petang.

"Polis juga terpaksa memecahkan cermin tingkap di bahagian pemandu apabila kedua-dua suspek enggan bekerjasama sebelum berlaku pergelutan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 34 dan 39 tahun itu berasal dari Banting, Selangor dan didapati positif dadah jenis morfin.

Kata Zaini hasil semakan juga mendapati suspek yang berusia 39 tahun itu dikehendaki polis serta memiliki dua rekod jenayah lampau.

"Polis percaya suspek aktif mengedar dadah di daerah Maran, Kuantan dan Temerloh sejak dua bulan lalu yang dibawa masuk dari Lembah Klang.

"Kita juga percaya tangkapan ini ada kaitan dengan tangkapan sebelum ini melibatkan 24 kes pada Januari lepas dan berkemungkinan ada sindiket yang lebih besar," katanya.

Suspek kini direman seminggu sejak Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan