Pengetua Kolej Kerugian Lebih RM50 Ribu Kejadian Samun

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pengetua sebuah kolej kerugian lebih RM50,000 dalam kejadian samun di kediamannya di Kolej Vokasional Bentong, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian 3.00 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan pisau dan bertopeng melarikan barangan kemas, wang tunai berjumlah RM13,000, dua utas jam dan tiga telefon bimbit.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, ketika kejadian, pengetua berkenaan, Hashim Puteh, 51, sedang tidur di ruang tamu manakala isteri dan dua orang anak tidur di bilik bahagian atas rumah itu.

"Mangsa diikat bahagian tangan menggunakan dawai besi sebelum dibawa ke bahagian atas. Isteri mangsa, 50, dan anak lelaki mangsa, 14, turut diikat, manakala anak perempuannya yang berusia 10 tahun tidak di apa-apakan," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mohamad Mansor berkata suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa sebelum bertindak melarikan diri. Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan lebih RM50,000.

"Mangsa meminta anak perempuan itu membuka ikatan dawai besi sebelum meminta pertolongan dari jiran berhampiran," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan