Mayat Remaja Ditemui Berhampiran Jeti LKIM Kuala Besar

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mayat remaja yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melalui pelantar di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada 16 Februari lepas, ditemui berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di sini, Selasa.

Pegawai Bomba Kanan I Kota Darul Naim, Zainal Fitri Husin berkata mayat Muhamad Arief Muhamad Nurdin, 20, ditemui terapung di sungai itu, kira-kira 12 km dari tempat kejadian oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Kita terima laporan daripada polis kira-kira jam 8.30 pagi menyatakan ada orang hanyut dan kami bergegas ke tempat kejadian.

"Anggota keluarga mangsa yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan mayat tersebut adalah Muhamad Arief," katanya kepada pemberita ketika di temui di jeti tersebut di sini.

Muhammad Arief, 20, dari Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa di sini, dikatakan menunggang motosikal di pelantar tersebut sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai itu pada kira-kira pukul 5.30 petang, 16 Feb lepas.

Menurut saksi yang juga rakan rapatnya, Mohd Amir Fadzli Mohd Rosni, 19, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan untuk menemui rakannya yang berjanji untuk mengambil gambar sebagai kenangan di kawasan jambatan itu.

Penduduk kampung yang menemui mayat pemuda itu, Hassan Bakar, 49, berkata dia melihat mayat berada dalam keadaan tertiarap di tengah sungai, kemudiannya mengheretnya ke jeti dengan menggunakan perahu.

"Orang kampung kemudiannya menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Muhamad Nurdin Mohd Long, 50, berkata penemuan ini menamatkan kebimbangan mereka sekeluarga dan reda dengan pemergian anaknya itu.

"Saya rasa bersyukur walaupun lama dalam pencarian akhirnya bertemu juga mayat anak saya dan saya reda dengan ketentuan ini," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senok, Tawang, Bachok, hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan