Jabatan Kesihatan Kelantan Rampas Vitamin C Bernilai Lebih RM65,000

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 41 item pelbagai jenis vitamin C yang tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM65,100 di sebuah rumah di Taman Lati di Pasir Mas, Ahad.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 9.30 pagi dipercayai menjual dan mengedar produk itu.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini pada Isnin produk yang dirampas itu merupakan jenis pengambilan suntikan untuk vitamin C jenis Vial Vitamin C, Glutathione dan hormon yang dipercayai diimport dari Thailand, Itali dan Taiwan.

Katanya suspek didapati berurusan dengan pelanggan melalui laman sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk mempromosikan produk itu.

Ahmad Razin berkata jualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Gejala pengambilan vitamin C secara berlebihan dalam jangka panjang ialah meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak dan penyakit ginjal sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Pengambilan berlebihan juga akan menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan