Hutang Punca Penternak Ditetak Di Besut - Polis

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Masalah hutang dipercayai punca seorang penternak ditetak sehingga mengalami cedera parah ketika mangsa berada di Medan Selera Bandar Jerteh, Besut, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata motif sebenar kejadian bagaimanapun belum dikenal pasti, kerana mangsa Zakaria Long, 53, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, masih belum sedarkan diri. "Sehingga kini kita belum dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes menyerang mangsa, namun kita tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada masalah hutang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu, Zakaria dari Kampung Gaung ditetak penyerang yang tidak dikenali ketika sedang minum bersama seorang rakan.

Suspek dikatakan menetak mangsa beberapa kali di kepala dengan sebilah golok sambil disaksikan beberapa orang lain.

Suspek yang menutup muka itu dilaporkan memakai jaket hitam, berseluar jeans berwarna biru serta memakai topi keledar berwarna merah yang bercermin gelap.

Sehubungan itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

"Gerakan memburu suspek masih giat dijalankan dan kita perlukan maklumat orang awam untuk mengesan suspek terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan