Tiga Maut Kenderaan Pacuan Empat Roda Langgar Pokok

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tiga termasuk seorang wanita maut apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka melanggar pokok di pembahagi jalan di Km24, Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin berkata dalam kejadian 3 pagi itu, kesemua mangsa Veronica Fernendez, 22, K.Thanasegaran, 34, dan K. Dinesh Kumar, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mengawal kenderaan hingga terbabas dan melanggar pokok.

Kejadian itu menyebabkan pemandu dan penumpang di tempat duduk depan tercampak keluar," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Menurut Roslan, akibat pelanggaran itu Veronica yang berada di tempat duduk belakang tersepit di tempatnya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum dituntut anggota keluarga masing-masing.

Orang ramai menyaksikan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan