Sederet Sembilan Buah Kedai Terjejas Dalam Kebakaran Di George Town

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Bomba dan Penyelamat serta pasukan Bomba Sukarela mengawal kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai dua tingkat di Jalan C. Y. Choy di George Town, Ahad. Setakat ini pasukan bomba cuba mengawal kebakaran tersebut dari merebak ke kedai yang berhampiran. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -fotoBERNAMA
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta pasukan Bomba Sukarela mengawal kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai dua tingkat di Jalan C. Y. Choy di George Town, Ahad. Setakat ini pasukan bomba cuba mengawal kebakaran tersebut dari merebak ke kedai yang berhampiran. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Sederet sembilan buah rumah kedai dua tingkat terjejas dalam kebakaran di Jalan C.Y. Choy di sini malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Ismail Mohd Zin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.55 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata seramai 32 anggota dengan enam jentera dari Balai Bomba Bagan Jermal dan Lebuh Pantai bersama anggota bomba sukarela terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

Katanya kebakaran dipercayai bermula di kedai makan sebelum merebak ke kedai motosikal dan kedai lain termasuk kedai barangan elektrik serta kedai telefon.

"Ketika jentera bomba kita tiba, kedai makan dan kedai motosikal musnah dijilat api manakala kedai-kedai yang lain terbakar 20 ke 50 peratus. Api cepat merebak kerana lantai premis berkenaan dibuat daripada kayu," katanya kepada pemberita.

Ismail berkata bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 10.15 malam.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu dan punca kejadian serta siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan