Polis Dapat Petunjuk Baru Kes Kanak-Kanak Hilang Ogos Lepas

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBERANG PERAI: Polis mendapat petunjuk baharu berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki T. Sathiskumar, 6, yang dilapor hilang sejak 8 Ogos lepas di kawasan Jalan Permatang Pauh, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata sehingga kini polis telah mengambil keterangan daripada 11 individu termasuk ibu kandung, bapa kandung, bapa tiri, datuk dan jiran kanak-kanak itu.

"Siasatan memang dijalankan walaupun kanak-kanak itu hilang sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu untuk menghubungi pegawai penyiasat ASP Md Azman Kadir di talian 019-5633014 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, 04-5382222 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, Mazlan meninjau lokasi mangsa dilapor hilang bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah di Jalan Permatang Pauh, di sini .

Dalam kejadian 8 Ogos tahun lepas, Sathiskumar dilapor hilang kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas turun daripada lori yang diparkir di tepi jalan untuk mengekori datuknya membeli makanan di sebuah kedai tidak jauh dari situ.

Kanak-kanak itu dikatakan sempat meminta wang daripada bapa tirinya sebanyak RM1. Bagaimanapun, datuknya yang kembali semula ke lori tidak lama kemudian mendapati cucunya tiada.

Kali terakhir Sathiskumar dilihat memakai kemeja-T dan seluar pendek warna hijau, bertopi kuning bercorak Spiderman dan berkasut serta memakai stokin.

Ketika hilang, tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 70 sentimeter dan berat badan kira-kira 15 kilogram. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan