Polis Dapat Perintah Tahan 45 Suspek Jual Bayi

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINDIKET BAYI...Sekumpulan lelaki yang dibawa ke Mahkamah Majistret di Bukit Meratajam pada Sabtu untuk mendapatkan tahanan reman bagi membantu kes pembelian bayi dari sindiket yang menjual bayi.Seramai 45 lelaki dan wanita ditahan dalam Ops Pintas Sayang II yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. Kesemua 45 orang itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkenaan.-Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Polis mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas 45 individu yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kes penjualan bayi yang berjaya ditumpaskan menerusi Operasi Pintas Sayang II pada Khamis.

Pendaftar Mahkamah Butterworth, Ahmad Faiz Md Zain mengeluarkan perintah itu sehingga Selasa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini Sabtu.

Pegawai penyiasat ASP Rusnah Saidin telah memohon untuk mendapatkan perintah tersebut bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Mereka yang ditahan berusia antara 27 hingga 57 tahun termasuk wanita.

Polis turut mendapat perintah perlindungan interim dari mahkamah itu terhadap dua bayi untuk ditempatkan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak.

Kedua-dua bayi yang berjaya diselamatkan turut dibawa ke mahkamah.

Terdahulu, tahanan terbabit telah dibawa menggunakan dua buah trak polis dan sebuah van dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah ke mahkamah di Jalan Betek.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan