Imigresen Tahan 10 GRO Warga Asing

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sepuluh wanita warga asing yang asyik melayan pelanggan di sebuah premis di Jalan Besar Paka, Kampung Cacar, di sini ditahan setelah gagal melarikan diri dalam satu operasi Jabatan Imigresen.

Pengarah Imigresen negeri Azhar Abd Hamid berkata serbuan itu dibuat sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan Pejabat Imigresen negeri pada 12.30 tengah malam Khamsis.

"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia 19 hingga 49 tahun terdiri daripada lapan warga Filipina dan dua warga Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata enam daripada warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah manakala empat lagi ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Azhar berkata kesemua warga asing terbabit kemudiannya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Ajil Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan