Empat Pemancing Dilaporkan Hilang Sejak Rabu

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Empat pemancing dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas keluar memancing di perairan Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata empat lelaki berkenaan dilaporkan menaiki sebuah bot gentian kaca berlepas dari Jeti Sungai Kuantan di sini pada 5 petang, 20 Februari lepas.

"Sehingga 2 petang tadi, keempat-empat pemancing terbabit gagal dikesan," katanya.

Menurutnya empat lelaki berkenaan dikenali sebagai Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Karim (umur belum diketahui).

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang melancarkan gerakan mencari kesemua mangsa. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan