Polis Sedia Beri Bantuan Siasat Kes Mayat Wanita Malaysia Disimen Di Dinding

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Malaysia ingin untuk membantu dalam penyiasatan pembunuhan ngeri wanita Malaysia berusia 39 tahun yang mayatnya ditanam dalam dinding di rumah rakannya di Bandar Seri Begawan, Brunei, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada Jumaat berkata polis Brunei masih belum membuat sebarang permintaan.

"Kita prihatin apabila rakyat Malaysia dibunuh dalam apa-apa cara yang kejam," katanya.

Mohd Bakri berkata beliau memahami sifat kes berprofil tinggi itu tetapi orang ramai perlu membiarkan polis Brunei menjalankan siasatan mereka.

"Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa," katanya.

Voon Su Ching dari Miri yang menjalankan perniagaan mencuci kereta dan pembaikan di Brunei, tinggal di rumah banglo seorang kawan semasa cuti Tahun Baru Cina.

Dia telah dilaporkan hilang Rabu lepas.

Mayatnya ditemui pemilik banglo pada malam Ahad apabila pemilik ternampak dinding simen aneh setinggi 3meter dengan bau busuk yang datang darinya.

Dipercayai pembunuh telah menutup mayat Voon dengan kepingan zink sebelum menanamnya dengan simen.

Polis Brunei telah menahan seorang lelaki, berusia dalam 40-an, bagi membantu siasatan.

Dia dilihat menghantar dua lori simen ke tempat kejadian jenayah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan