Penternak Cedera Ditetak Penyerang Tidak Dikenali

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang penternak cedera parah di kepala akibat ditetak penyerang yang tidak dikenalinya ketika mangsa berada di Medan Selera Bandar Jerteh malam Khamis.

Akibat kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Zakaria Long, 53, dari Kampung Gaung terpaksa dikejarkan ke hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Moh Noor berkata mangsa dilaporkan sedang minum bersama seorang rakan apabila mereka didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar.

"Suspek terus menetak mangsa beberapa kali di kepala dengan sebilah golok sambil disaksikan beberapa orang lain," kata kepada pemberita di sini.

Mangsa dikejarkan orang ramai ke Hospital Daerah Besut sebelum mangsa dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Noorzainy berkata polis sedang menyiasat motif serangan dan mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian.

Suspek dilaporkan memakai jaket berwarna hitam, berseluar jeans berwarna biru serta memakai topi keledar berwarna merah yang bercermin gelap. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan