Lori Simen Terbalik Akibat Masalah Brek - Berita Jenayah | mStar

Lori Simen Terbalik Akibat Masalah Brek

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek terbalik di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Wangsa 1, Wangsa Maju berhadapan kondominium Villa Wangsamas tengah hari Jumaat.

Seorang jurucakap polis yang ditemui di lokasi kejadian berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku ketika pemandu lori berkenaan cuba memberhentikan lorinya di persimpangan lampu isyarat berkenaan untuk membelok ke kanan.

"Pemandu lori itu tidak dapat memberhentikan lorinya semasa menuruni bukit. Namun dia sempat mengelak sebuah kereta di hadapannya dengan membelok ke arah bertentangan.

"Lori itu juga melanggar tiang lampu yang berada dekat dengan kereta tersebut sebelum ia terbalik di atas jalan raya," katanya.

Pemandu kereta berkenaan yang mengalami kecederaan akibat dihempap tiang lampu dikejarkan ke hospital berdekatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan