Lelaki Palestin Ditahan Dipercayai Cabul Remaja 14 Tahun - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Palestin Ditahan Dipercayai Cabul Remaja 14 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki warga Palestin ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hospital di negeri ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi 15 Feb lepas, pelajar perempuan itu sedang tidur ketika menjaga ayah saudaranya yang menerima rawatan di hospital itu manakala lelaki terbabit menjaga seorang pendakwah di katil berdekatan.

"Pelajar itu tiba-tiba tersedar daripada tidur apabila terasa sesuatu menyentuh peha dan kemaluannya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki di hadapannya sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, Khamis.

Beliau berkata lelaki berusia 35 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah madrasah di sini kemudian bertindak melarikan diri dan keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 6 pagi hari sama.

Katanya lelaki terbabit kemudian menyerah diri di pondok polis hospital tersebut pada 8 pagi.

Lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan