Kedai Emas Rugi RM20,000 Dirompak Dua Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah kedai emas di Taman Seremban Jaya, Senawang dekat sini kerugian kira-kira RM20,000 selepas dirompak dua lelaki tengah hari, Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu apabila dua lelaki meluru masuk ke dalam kedai sebelum memecahkan cermin meja pameran dengan tukul besi dan melarikan barangan kemas berkenaan.

Kejadian itu berlaku begitu pantas dalam masa kira-kira tiga minit sebelum mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal, katanya.

Semasa kejadian hanya dua jurujual berada di dalam itu.

Bagaimanapun mereka tidak dicederakan, katanya kepada pemberita.

Katanya kedai emas itu juga tidak mempunyai pengawal keselamatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan