21 Lagi Bayi Diselamatkan Daripada Sindiket Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pihak polis menyelamatkan 21 lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual melalui sindiket dalam Operasi Pintas Sayang 2 yang dilancarkan malam Khamis.

Seramai 43 individu turut ditahan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi yang merupakan susulan Op Pintas Sayang 1 itu turut dijalankan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

"Serbuan ini dilancarkan serentak pada pukul 11 malam tadi dan pihak polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan 10 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan berusia antara satu bulan dan sembilan tahun. "Kita juga telah menahan 20 lelaki dan 23 wanita termasuk dua wanita warga asing yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata beberapa bayi dipercayai telah dibawa keluar ke negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Abdul Rahim berkata 43 individu itu adalah pembeli yang membeli kanak-kanak tersebut melalui sindiket dan mereka terdiri daripada usahawan, jurutera dan pensyarah.

"Ini adalah keluarga-keluarga yang tidak ada anak. Bila tidak ada anak mereka berusaha untuk mendapatkan anak," katanya.

Beliau berkata kesemua tangkapan akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan usaha mengesan mangsa yang lain masih lagi diteruskan.

Katanya polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak terbabit di rumah perlindungan yang telah dikhaskan.

Bulan lepas, polis membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.

Sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan